Penjagaan organ intim bagi wanita sangat penting untuk dijaga. Ia harus dijaga dengan
rapi.
Berikut 8 cara dapat membantu menghilangkan
bau pada Miss V anda.
1. Pilih tuala wanita yang mempunyai daya serapan yang tinggi agar kamu selesa ketika melakukan aktiviti lasak.
2. Jika kamu menggunakan sabun wangi untuk mencuci bahagian intim, elakkan! Sabun wangi
hanya akan membunuh bakteria baik dalam Miss V dan akan meninggalkan bakteria buruk yang akhirnya akan membawa bau yang kurang menyenangkan.
3. Pakai tuala wanita mengikut aliran dan tempoh haid dan jenis aktiviti yang akan dilakukan. Sebaiknya semasa hari aliran banyak
ataupun ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita yang ‘bersayap’.
4. Yogurt dikenali dengan bakteria baik yang membantu usus melawan bakteria jahat. Makan
yogurt lebih kerap boleh membantu menyingkirkan jangkitan yis pada Miss V yang membawa kepada bau busuk.
5. Kamu dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah kerana darah akan mempercepatkan proses kuman membiak. Bagi yang menggunakan tampon pula, kamu perlu ingat untuk menukarnya.
6. Memakai pantyliner boleh membantu menyerap bau dan juga lendir keputihan.
7. Menggunakan tuala yang bersih dan kering,
pastikan Miss V bebas daripada lembap selepas mandi. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria buruk daripada membiak di kawasan intim.
8. Terapi air adalah salah satu cara yang paling mudah dalam pembersihan badan. Ia mempunyai unsur-unsur semula jadi yang boleh mencuci keluar kekotoran, seterusnya membantu mengelakkan sebarang bau yang tidak menyenangkan.